Cara Penternakan / Penuaian Rumpai Laut

pada 22 March 2013

Ramai dalam kalangan para pengguna atau pembeli rumpai laut yang tertanya-tanya kerana sifat ingin tahu yang tinggi bagaimana cara penternakan dan penuaian rumpai laut ini dijalankan. Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai proses tersebut. Proses ini dilakukan di kawasan perairan laut Semporna, Sabah. Kawasan perairan ini sangat sesuai untuk proses penternakan rumpai laut kerana kualiti air dan keadaan persekitaran yang amat baik untuk menghasilkan rumpai laut yang berkualiti tinggi.

P/S: Saya sendiri berasa amat bangga menjadi rakyat Malaysia kerana negara kita sendiri memiliki kawasan perairan yang amat baik untuk penternakan rumpai laut ini dijalankan. Tak perlulah untuk ke luar negara semata-mata hanya untuk mendapatkan rumpai laut yang berkualiti tinggi kerana  di negara kita sendiri sudah tentu mampu menghasilkan rumpai laut yang sedemikian rupa.




01


Inilah rumpai laut Gred AAA (Purple/Red Brown) yang telah dituai di kawasan perairan laut Semporna, Sabah. Rumpai laut akan dituai setelah diternak selama 45 hari atau lebih untuk menghasilkan rumpai laut yang berkualiti tinggi. Jangan tertipu dengan membeli rumpai laut daripada pembekal/penjual yang membekalkan rumpai laut yang kurang matang kepada anda. Ini kerana ianya hanya akan merugikan diri anda sendiri. Pihak kami amat menitikberatkan soal kualiti rumpai laut dan rumpai laut yang kurang matang tidak akan sama sekali kami tawarkan kepada pihak pembeli/pengguna. 



02


Cara penternakan rumpai laut ialah benih rumpai laut yang diternak akan diikat di sepanjang tali yang berukuran lebih kurang 200 meter di kawasan air yang mempunyai kedalaman 1 hingga 3 meter seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di atas. Sistem penternakan ini dipanggil Sistem Rawai. Ketinggian ombak amat mempengaruhi pertumbuhan rumpai laut kerana kawasan perairan yang terlalu berombak boleh menjejaskan pertumbuhan rumpai laut. Rumpai laut yang tidak dituai tepat pada masanya akan menyebabkan rumpai laut akan tertanggal/terputus daripada benih rumpai laut yang asal.



03


Rumpai laut yang telah dituai akan dihamparkan di atas pelantar. Kemudian rumpai laut akan diasingkan mengikut gred dan cara pengeringan. Terdapat pelbagai cara pengeringan rumpai laut yang boleh dilakukan mengikut keperluan dan kehendak industri/pelanggan. Kandungan khasiat dan nutrisi yang terkandung di dalam rumpai laut adalah berbeza mengikut jenis dan cara pengeringan rumpai laut itu sendiri. Faktor cuaca juga amat memainkan peranan penting dalam menentukan warna dan jumlah nutrisi yang tersejat secara tidak langsung semasa proses pengeringan dijalankan.



04


Inilah keadaan rumpai laut yang telah dikeringkan dalam tempoh sehari. Perbezaan warna yang amat ketara mengikut jenis rumpai laut boleh dilihat setelah proses pengeringan dilakukan. Rumpai laut yang telah dikeringkan dengan sepenuhnya akan dibungkus dan seterusnya dihantar kepada pembeli/pengguna yang membuat tempahan daripada pihak kami.



Semporna adalah merupakan kawasan penternakan rumpai laut yang terbesar di Sabah. Selain itu, penternakan rumpai laut juga turut dijalankan di kawasan perairan laut Kunak dan Kudat.


P/S: Tujuan saya mengarang entri ini hanyalah sekadar perkongsian ilmu untuk renungan bersama. Walaupun saya terpaksa bersengkang mata untuk mengarang entri ini, tetapi saya berasa amat berpuas hati kerana dapat berkongsi sesuatu kepada pembaca dan pelanggan kami di luar sana. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.

Ranking: 5

{ 0 Ulasan... sila berikan ulasan anda }