Pengenalan/Perbezaan Rumpai Laut

pada 01 March 2013


Rumpai laut daripada spesis yang dikenali dengan nama saintifik Euchema Cottonii atau Euchema Kappayachus Alvarezi ini diternak di perairan laut Semporna, Sabah. Dikenali dengan kandungan nutrisi yang sangat tinggi dan kaya dengan 64 jenis mineral yang amat diperlukan oleh badan. Digunakan secara meluas di dalam bidang kosmetik, penjagaan diri dan juga industri makanan. Spesis ini juga merupakan spesis yang keempat terbaik di dunia. Diyakini halal dan terjamin bebas daripada sebarang jenis kimia kerana rumpai laut ini merupakan sejenis alga yang tidak mempunyai daun, batang ataupun akar yang memerlukan baja seperti tumbuhan yang lain.



Jenis Rumpai Laut


rumpai laut aa
Gred AA (Golden Yellow)





rumpai laut aaa
Gred AAA (Purple/Red Brown)






rumpai laut aaa+
Gred AAA+ (Green)




PERBEZAAN DI ANTARA JENIS RUMPAI LAUT


Gred AA (Golden Yellow)
  • Kandungan nutrisi lebih rendah berbanding Gred AAA (Purple/Red Brown)
  • Proses pengeringan rumpai laut secara stim menyebabkan kurang berbau dan bergaram
  • Berkhasiat khususnya untuk kecantikan kulit 

Gred AAA (Purple/Red Brown)
  • Kandungan nutrisi yang lebih tinggi berbanding Gred AA (Golden Yellow)
  • Dijadikan sebagai amalan pemakanan secara sihat oleh masyarakat Cina sejak berkurun
  • Proses pengeringan rumpai laut secara wap panas/hotwind; Berbau dan bergaram
  • Berkhasiat untuk mengurangkan risiko penyakit kronik
  • Mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi

Gred AAA+ (Green)
  • Rumpai laut yang lebih berkualiti daripada segi khasiat dan kandungan nutrisinya
  • Proses pengeringan rumpai laut secara semulajadi dan kandungan nutrisi yang tersejat paling minima. Paling baik!
  • Kandungan antioksidan, klorofil, dan spirulina yang lebih tinggi berbanding jenis rumpai laut yang lain
  • Sangat berkhasiat untuk kekal sihat luaran dan dalaman

Ranking: 5

{ 0 Ulasan... sila berikan ulasan anda }