Artikel Berita Harian Mengenai Rumpai Laut

pada 21 April 2013


artikel rumpai laut


Rahsia rumpai laut - Artikel Berita Harian mengenai rumpai laut bertarikh 15 haribulan April 2013, dikarang oleh Nor Hatina Shuib sememangnya sedikit sebanyak dapat memberikan kelegaan kepada para pengguna dan juga  pengusaha rumpai laut kerana artikel ini dapat menjawab kemusykilan yang dihadapi oleh pengguna rumpai laut selepas isu mengenai rumpai laut tidak mengandungi kolagen telah hangat diperkatakan secara meluas di laman sesawang sejak lebih sebulan yang lepas.

Terdapat pelbagai jenis rumpai laut yang tumbuh di seluruh dunia dan tidak ada satu pun dari spesis rumpai laut yang mengandungi kolagen namun rumpai laut berkesan untuk mengekalkan kolagen di dalam kulit kerana rumpai laut kaya dengan mineral, protein serta kandungan nutrisi yang lain.

Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta karotein serta protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit," Dr Muta Harah Zakaria, Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM.

Artikel mengenai rumpai laut di muka hadapan akhbar
Berita Harian?


muka depan berita harian


'Rahsia rumpai laut' sangat sesuai dijadikan sebagai tajuk artikel di dalam akhbar Berita Harian ini kerana secara umumnya masih ramai lagi dalam kalangan kita yang belum sedar tentang kepentingan dan khasiat yang banyak terkandung di dalam rumpai laut. 


“Rumpai laut seperti Laminaria, Fucus, Sargassum dan Turbinaria sudah digunakan sejak berkurun dulu untuk mengubati beberapa penyakit seperti goiter, cirit-birit dan masalah usus kecil.

“Beberapa spesies rumpai laut dilaporkan mempunyai nilai antibiotik, antibakteria, antikulat, antitumor, vermifuj dan ubat cacing. Sesetengah spesies pula diketahui boleh merendahkan tekanan darah dan aras kolesterol plasma,” katanya dihubungi, baru-baru ini.



Berikut adalah ulasan daripada Prof. Madya Dr Muta Harah Zakaria yang dipetik daripada artikel. Menurut beliau lagi pengambilan rumpai laut tidak mendatangkan sebarang bahaya kepada pengguna dan rumpai laut banyak digunakan secara meluas di dalam industri pembuatan kosmetik dan makanan serta tidak lupa juga banyak kepentingannya dalam bidang perubatan. 



isi kandungan berita harian



Benarkah rumpai laut berkesan untuk mencantikkan dan menghaluskan kulit? - Menurut kajian yang telah dibuat secara terperinci mengenai rumpai laut, ianya jelas menunjukkan yang rumpai laut sememangnya menampakkan kesan yang positif ke atas penggunaannya. Khasiat rumpai laut juga telah terbukti secara saintifik di dalam hasil kajian rumpai laut ke atas kecantikkan kulit dan rumpai laut juga berpotensi untuk merawat penyakit kronik seperti penyakit jantung dan angin ahmar.



rumpai laut tipu



Rumpai laut tipu? - Saya agak terkejut apabila melihat kata kunci 'rumpai laut tipu' telah terindeks di dalam sistem enjin carian Google. Ini membuktikan bahawa terdapat segelintir pihak yang masih ragu-ragu tentang khasiat yang ada terkandung di dalam rumpai laut. Saya dan keluarga sendiri turut mengamalkan memakan rumpai laut ini dan turut merasai perubahan yang positif setelah mengamalkannya secara berterusan.



testimoni pelanggan



Ini adalah testimoni daripada seorang pelanggan tetap kami, Puan Azni yang menetap di Petaling Jaya, Selangor. Saya dan isteri mendoakan agar Puan Azni dan keluarga kekal sihat selalu. Amin.


Sumber: Berita Harian

P/S: Entri lewat diterbitkan kerana kesibukan di dalam aktiviti seharian.

Ranking: 5

{ 3 Ulasan... sila berikan ulasan anda }